Thursday, December 25, 2008

Result Mau Kuar. haha.


wooooppp! halluuu. sorry lame aku tak update blog nie, busy dow! haha. aku takleh tulis panjang2. nanti wa on9. wa update lagi.. oke?!

Tuesday, December 2, 2008

Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional 2008, Temerloh!




Hai korang semua! sorry coz lama tak update blog ni.Aku join kem PJKN lar ataupun lebih dikenali sebagai PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL.Kem ni berlangsung selama 10 hari kat IKBN Temerloh,Pahang.Best ooo..banyak aktiviti kitorang buat.Macam2 benda yang kitorang lalui bersama sebagai peserta.Fasilitator pun sempoi gak.Program ni untuk semua belia dari daerah Hulu Langat seperti belia dari Sg.Purun,Tasik Kesuma,Bandar Rinching,Ampang,Kampung Pandan dan Peserta Anuugerah Remaja Perdana dari SMK Taman Jasmin 2.Hari pertama sampai,semua tak kenal antara satu sama lain tapi masuk hari ke 3..kami semua rapat sebagai satu team.Yang paling aku takkan lupa ialah waktu subuh..teringat bila abang din kejut n jerit .."BANGUN3! BUKAK PINTU NI! " .Itu adalah kenangan yang aku takkan lupa.


Aku sebenarnya suka bila fasi2 buat suprise birthday party untuk peserta.Terharu sangat time tu..Dorang pandai berlakon.Buat2 marah tapi sebenarnya itu semua lakonan untuk suprisekan sape yang sambut birthday bulan 11 and 12.Bila waktu pagi,kami akan buat senaman siap yang abang jack ajar pastu kitorang akan nyanyi lagu Belia tonggak Selangor.Kat sana kitorang diajar untuk jadi pemimpin and dari beribu3 belia kat Hulu Langat tapi yang terpilih cuma kami 108 peserta.Lagu Gemuruh dari Faizal Tahir memang akan berkumandang setiap kali habis aktiviti.Seronok gilaaa! Aku suka dapat kenal kawan2 dari serata Hulu Langat.And 7 hari di IKBN memang bestt!



Sebelum kitorang tinggalkan IKBN untuk pergi ke rumah keluarga angkat,kitorang semua gi tengok gajah.Comel gile gajah2 tu! Aku teringat time bagi tebu kat dowang. hehe. Dua jam kitorang kat kuala gandah,then semua bertolak gi Taman Sri Kemuning untuk Majlis Penyerahan Keluarga Angkat. =] Semua peserta seronok coz dapat ibu n ayah yang kami tak pernah kenal tapi sempoi! aku dapat keluarga Ramlah bt Ali. seronok gileee! n kebetulan plak fasi2 aku pun anak2 angkat ibu aku...so,bila tyme makan tue macam2 cerita kitorang dengar.Ada sedih n ada gembira.Ibu aku boleh dikatekan sebagai chef jugak kat sane.3 hari kitorang duduk kat sana.First time dalam hidup aku makan ikan patin and besar plak tue. Sedapppp! pastu kitorang ade sesi karaoke ngan penduduk kampung, lawan bola n takraw ngan penduduk kampung. and bila petang2, semua peserta bawak moto ayah n ibu angkat masing2..ronda satu kampung! haha. seronokkkk! untung rumah aku selesa..ada astro,sejuk plak tue..n lengkap semua. Alhamdulillah. Tapi bila tiba hari terakhir, rasa sedih menyelubungi tubuh semua peserta..kami semua taknak balik! masing2 menangis kerna taknak tinggalkan ibu ayah dan mahu program ni dilanjutkan. tapi apakan daya. kami terpaksa pulang. sedih tengok ibu ayah menangis... hmmm.





actually, banyak lagi cerita yang aku nak tulis tapi tak tau macam mana nak mula coz semua tue manis sangat! sory. kalau korang nak rasa apa yang aku rasa..jangan lupa join kem PJKN 09 k? salam sayang untuk korang. 10 hari yang membahagiakan untuk semua peserta PJKN 08 IKBN TEMERLOH,PAHANG.







Saturday, November 22, 2008

Kenangan . aku MENGIMBAU!

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ .
Pernah tak korang semua terfikir siapa pencipta abjad ini? Dia seorang yang bijak.Since kita infant lagi kita dah diperkenalkan dengan 26 ABJAD TANPA PEMILIK ini.Tiada siapa tahu siapa yang sebenanrnya mencipta abjad ini.Tetapi disebalik kepandaian pencipta ini, dia telah melakukan satu KESILAPAN BESAR . Ini tidak boleh dimaafkan kerana dia telah meletakkan kedudukan I dan U jauh sekali.Ini menyebabkan I rindu pada U.
KENANGAN tu indah tak? Aku punyai KENANGAN yang banyak sekali.Tapi sekali jeh! haha.
Sebenarnye,kenangan tu penting kan? Untuk kita imbas kembali detik2 MANIS dan PAHIT dalam hidup kita.Tak kisah lar ape jua kenangan yang tercatat tapi setiap orang mesti ada kenangan.Bila korang sedih kan..cuba korang ingat balik kenangan yang paling kelakar antara korang dengan kawan korang.Aku comfirm, mesti korang akan tersenyum sorang2 cam KAMBING! haha. tue tanda korang happy ngan kenangan tu.Tapi cuba korang fikir kenangan yang telah membuatkan korang terluka? Aku jamin mesti korang bicara dalam hati yang korang taknak laluinya lagi.Tapi boleh ke korang minta macamtue sebab chapter hidup korang telahpun tercatat dan akan tetap selamanya tanpa perubahan jalan cerita.
NUKILAN ; amer . VUITTON

Friday, November 21, 2008

Perempuan dan . . . !


Hye korang semua! gua update lagi. haha. Aku nak cakap pasal PEREMPUAN lak r.Aku tak nafikan yang dalam dunia ni PEREMPUAN adalah subjek pandang darat yang paling penting.Tanpa PEREMPUAN,tak segar lar pandangan lelaki untuk sehari2 kan? Tapi ada banyak jenis perempuan dalam dunia ni.Susah nak pilih yang mana satu sebab bila tengok dari muka..pergh! cun. tapi bila amek pisau and belah hati diorang.. MasyaAllah, Tuhan je yang tau! zaman sekarang ni susah na cari yang betul2 layak dipanggil PEREMPUAN.Betul an apa aku cakap nie? Memang ada yang layak tapi tak ramai.
Aku paling menyampah kalau orang membangkitkan yang di unviersiti ramai perempuan tapi di PUSAT SERENTI ramai lelaki.Memang lar tempat tue ramai lelaki tapi bukan semua.Kalau korang cuba gali and siasat di universiti tue..ramai yang rosak adalah perempuan. (fakta dari suratkhabar TAMIL NESAN) .Ini semua fakta and bukan saje2 nak cari publisti murahan.Macam minah rempit, dorang tak mintak pun jadi minah rempit tapi disebabkan kependekan akal fikiran dowang dalam memilih hala tuju hidup menyebabkan diorang jadi macam tu.Sama macam pelacur jugak,ramai antara student ni terdesak coz takde duit untuk sara dowang so diorang gunakan highway untuk mencari duit.
Kesimpulan untuk entri ni;
takde orang mintak jalan hidup yang huru hara,
tapi takde orang yang pernah berusaha mencari jalan hidup sempurna,
Perempuan sempurna dimana?
Dihati jua yang dilihatnya.
Tulisan: amer . VUITTON

Kawan.

Guten Tag to my blog readers! (selamat sejahtera kepada pembaca blog). Untuk isu hari ni , amer nak bawa korang semua berfikir tentang KAWAN.Adakah korang telah pilih kawan yang BETUL atau yang SALAH? Kawan yang betul means kawan yang ada time kita senang and susah. Dia always support kita,teman kita share problem and everything.Tapi kawan yang salah means kawan yang gelakkan kita bila kita dihina,kawan yang tinggalkan kita bila kita susah,kawan yang sanggup makan kawan and bila kita perlukan pertolongan dia..berjuta ALASAN yang kita dengar dari kawan yang salah itu. :)


Sebenarnya,pemilihan kawan itu terletak pada diri kita sendiri.Jika kita pandai pilih kawan, maka pandailah kita.Tapi kalau kita salah pilih, faham2 sendirilah.Kat bumi ni ade bermacam jenis kawan yang berbeza dari segi rupa,fizikal,akal,status dan sebagainya tetapi untuk memilih kawan yang sebenar bukan dilihat dari 4 ciri tadi tapi dari HATI yang bakal kawan kita tu.Macam diri aku sendiri,aku dah punyai ramai kawan tapi yang sejati cuma beberapa sahaja. (takleh sebut name kat sini .. nanti perasan lak! ) haha. Tapi aku kecewa and sedih gak dengan diorang kadang2.Bila aku dihina,diorang gelak je..aku pun gelak gak! haha. Itu semua tak penting,yang penting aku dah pilih kawan yang betul dan he's da only one.


Akhir kata untuk isu hari ni,untuk gembira dan bahagia dalam persahabatan ialah KEJUJURAN,KESETIAAN,KEPERCAYAAN dan DOA.Insyallah,jika kita amalkan semua itu maka kita akan dapat kawan yang baik dan sentiasa ada disisi kita.So,kepada semua pembaca blog diskusiSOSIAL..contact lah each other. tinggalkan email address korang supaya senang untuk kita mulakan persahabatan di KOMUNITI diskusiSOSIAL.






nukilan: amer. VUITTON





Wednesday, November 19, 2008

Suatu Cerita Tentang AKU!

Hye! sebagai pembuka kata cerita aku.Aku harap pelayar blog aku ini sihat dan happy jeh! aku ada cerita dan bahan nak kongsi ngan korang.Apa yang korang rasa kalau sepanjang hidup korang selalu dihina kerna tak
sempurna? aku selalu alami perkara ni.Tapi aku pelik dengan diri aku, coz aku macam orang yang takde perasaan.Jujur and pengakuan exclusive untuk korang,cikgu2 aku selalu hina aku.Kawan2 aku selalu ketawakan aku.Hina sangat ke orang GEMUK ni sampai untuk dihina didepan orang ramai? adakah orang GEMUK takde perasaan macam orang kurus? aku pun manusia dan aku layak untuk bersama korang.


Aku rasa bertuah walaupun aku GEMUK tapi aku punyai 1001 bakat yang mungkin takde pada orang kurus.Aku bersyukur untuk itu.Dengan bakat aku, aku gunakan untuk tontonan orang2 kurus yang hanya tahu menghina tapi satu hasil pun takde dari diri korang SI PENGHINA! aku tak pernah marah walaupun selalu dihina tapi aku ambil semua sebagai satu pembangkit semangat untuk diri aku supaya lebih maju dari korang semua SI PENGHINA! .



Renungan untuk korang ;
tiada seorang pun makhluk kat bumi ini minta untuk dijadikan TIDAK SEMPURNA tetapi ini semua ciptaanNYA yang terlalu sempurna.





Nukilan ; amer. VUITTON

Tuesday, November 18, 2008

Love Today.





With all my will,
but much against my heart,
We two now part.
My Very Dear,
Our solace is,
the sad road lies so clear.
It needs no art,
With faint, averted feetAnd many a tear,
In our opposed paths to persevere.
Go trough to East,
I West.
We will not sayThere's any hope,
it is so far away, O,
my Best,
When the one darling of our widowhead,
The nursling Grief,
Is dead,
And no dews blur our eyes To see the peach-bloom come in evening skies,
Perchance we may,
Where now this night is day,
And even through faith of still averted feet,
Making full circle of our banishment,
Amazed meet;
The bitter journey to the bournes,o sweetSeasoning the termless feast of our contentWith tears of recognition never dry. <3




by; ame . VUITTON